confinement, My Post, pregnancy

Tips berpantang

I nak share sikit tips tips yang I amalkan for pantang and I truly feels it helps.
But this is for mommies yang deliver normal ya.  I dulu 2nd degree tear. I wasnt very strict with my pantang but I try to be strict for the first seven days, to make sure jahitan cepat sembuh.
Alhamdulillah, after 7 days, I memang dah boleh resume housework semua.

1. Jangan banyak jalan.
Ni sangat sangat penting. Memang rasa beza sangat kalau you duduk diam diam dan you banyak jalan. Untuk yang duduk rumah besar, place everything within your surrounding. Macam I, air, ubat, baju dan segala yang nak pakai, I letak dekat satu tempat je. So no need nak jalan jauh-jauh. Duduk pun jarang la, I banyak baring mengiring. One week saja hehe.. tahan sikit.

2. Air your ‘down there’ for at least 15 mins
Usually after mandi, just anginkan your private part for awhile. Bukan la pergi kat kipas angin, but no need to wear underwear or pad sekejap. Biar luka tu bernafas sikit.

3. Do all these traditional stuff. Tungku. Tangas. Urut
Buat jangan tak buat. Tangas and tungku especially I rasa sangat sangat la bagus. Kalau nak save duit, can buy the DIY and buat sendiri at home. But I don’t recommend, unless ada orang yang boleh tolong you nak angkut air etc. The normal urut usually tak include tangas. Even my makcik urut charge extra for tangas :(.

Cara tangas

This is how tangas is. Basically wap from water is aired to your private part. If you buy the DIY packet, just put the packet, put hot water and arrange something like this. Image courtesy of Google

 

 4. Pakai bengkung.

For me, i mmg tak kuasa nak paksi bengkung traditional tu. Pakai 1-2 jam, dah longgar. I mmg sarung Premium Beautiful je you. Nak back in shape punys pasal, hari ketiga dah pakai. Memang sedap sangat rasa and perut pun cepat sikit kempis. After pantang dah boleh sarung balik baju lama. Weehuuu!

5. Pakai socks, or at least tidur pakai selimut
Sometimes sejuk sejuk ni cepat sangat rasa masuk dlm urat.I memang pemalas yer nak pakai socks, Tapi at least masa tidur kena pakai. Kalau tak badan rasa macam sebu and angin semacam.

6. Makanan.
I think this one ikut orang. But i avoided seafood and sayur berangin (kangkung, ulam). Honestly, the first one week, i makan ikan tenggiri bakar dan bayam sahaja. After luka dah baik, barulah start makan yang lain lain. And anther one I think we need to avoid is chicken. If nak makan pun, makan ayam kampung.

Salah satu menu favourite masa pantang

Salah satu menu favourite masa pantang

7. Basuh luka dengan air garam
Apart from air ubat yang hospital bagi, I wash down there with air garam plus asam keping. Boil water, letak garam and a few keping asam keping. So much difference! I think after a few days dah rasa much much better

8. Kawal Perasaan
Chewah. But this is true for breastfeeding mothers. Your mental state is actually the most important thing during confinement period. Cos I rasa masa ni la you punya emotions akan haywire tak pasal pasal. You stress la baby nangis, sedih la husband balik lambat, penat la visitor asyik datang….But for me, all that tolak tepi because my baby needs me to be in a good condition to produce breastmilk. Insyallah.

Oh, and I use ‘Set Lengkap Bersalin’ Har-One for my set berpantang. So far, for two pregnancies I rasa it’s very very affordable and it works really well.

There you go. Hope that helps. nak cepat kurus, bengkung jangan tinggal ye mommies 🙂

And of course, jangan lupa Premium Beautiful 🙂

Love Suraya SK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous Post Next Post